Selamat Datang

Dialu-alukan memberi komen terhadap artikel di sini. Marilah kita bersama-sama memajukan agama, negara dan bangsa! Selamat membaca. :)

Prakata


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya berasa amat bersyukur kerana akhirnya kumpulan kami dapat menyiapkan tugasan kursus yang diamanahkan oleh pensyarah kami, Puan Siti Aisyah Mohd Nor agar memberi penilaian ke atas blog kami dalam subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS).
Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Misalnya, kami dapat meluaskan ilmu pengetahuan dan memantapkan ilmu yang berkaitan dengan Tamadun Islam dan Tamadun Asia.  
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya pensyarah dan ahli keluarga kami. Kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Bantuan dan dorongan dari kalian telah menjadi tulang belakang kepada kami dalam memberi sokongan dan motivasi kepada kami agar tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh pasti tugasan ini dapat disempurnakan dalam waktu yang ditetapkan.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Semoga dengan penghasilan blog ini dapat membuka minda anda semua bukan sahaja mengenai isu-isu ketamadunan, peradaban  sejarah , nilai-nilai dan sumbangan - sumbangan tamadun islam tetapi  juga mengenai tamadun asia dan seterusnya  membina satu generasi Malaysia yang berpengetahuan dan peka terhadap  ketamadunan dan isu semasa pada masa kini.
Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan