Selamat Datang

Dialu-alukan memberi komen terhadap artikel di sini. Marilah kita bersama-sama memajukan agama, negara dan bangsa! Selamat membaca. :)

Ahad, 25 Mac 2012

ELEMEN- ELEMEN DALAM ISU-ISU SEMASA TAMADUN DUNIA - ELEMEN 2


Elemen 2 - Sains/Perubatan

Umum mengatakan Barat telah banyak menyumbang kepada pembangunan bidang ini kerana tidak ramai yang mengetahui dari zaman prasejarah sehingga kurun ke 16 para ilmuan Islam dari Asia Barat telah lama mendahului dalam pembangunan inovasi dan
teknologi terkini.

Konsep Al-Quran yang menganjurkan konsep berfikir, mengamai dan memerhati telah berjaya melahirkan kecenderungan manusia untuk mengkaji dan menyelidik yang menjadi pendorong utama kepada kegemilangan saintis Islam.

Pemenang hadiah novel - Albert Einstein - menyebut  Sains tanpa agama adalah palsu dan Agama tanpa sains adalah buta" Setiap surah dalam Al-Quran terkandung makna dengan terlalu banyak petunjuk yang menerangkan mengenai perjalanan alam yang boleh dijadikan landasan kajian sains.

Teleperubatan menjangkau batas masa, sempadan

Perubatan adalah salah satu ilmu yang terkandung di dalam Al-Quran. Bidang perubatan dibabitkan secara langsung atau tidak langsung ke dalam teknologi maklumat dan komunikasi serta mengalami perubahan yang sama.

Teleperubatan adalah sistem yang menghubungkan antara doktor, pentadbir, penyedia perkhidmatan dan pesakit. Akibat prasarana fizikal yang menyukarkan, teknologi komunikasi canggih ketika ini memungkinkan pesakit dapat diselamatkan kecuali memerlukan sentuhan fizikal seperti pembedahan. Saat kecemasan awal boleh dilakukan menerusi telefon dan internet.Antara aplikasi utama teleperubatan - klinikal, pentadbiran, pendidikan, penyelidikan, penilaian pemeriksaan, dianosis dan perundingan. Rawatan boleh dibuat dari jauh dan  di mana berada.

Pentadbiran boleh dilakukan dengan telesidang, penjadualan, kepenggunaan, penilaian hasil kerja, dan penyelidikan dimajukan menerusi agregasi data daripada berbilang sumber dan koordinasi.

Maklumat kesihatan dan rekod pesakit boleh diperolehi dengan pantas walaupun berada di tempat berlainan. Kad pelbagai guna - MyKad - membolehkan rekod perubatan disimpan dan dibawa kemana sahaja.

Penjagaan kesihatan pengimbas x-ray, CT scan, MRI, ultrabunyi adalah antara penjagaan kesihatan. Instrumen kesihatan bukan sahaja terdapat di hospital, juga boleh dimiliki sendiri di rumah. HUKM menjadi hospital pertama di Malaysia menggunakan Sistem Case-mix. Sistem Case-mix adalah suatu sistem pengelasan penyakit yang menggabungkan jenis penyakit yang dirawat di sesebuah hospital dengan kos rawatan yang terlibat. Sistem ini mengumpulkan episod-episod rawatan yang sama seperti rawatan akut, pembedahan harian dan lain-lain lagi kepada kumpulan klasifikasi yang
lebih bermakna dan berfaedah.

Berbekam - salah satu rawatan yang berkaitan dengan darah. Model alat pengukur jumlah darah yang keluar dengan cara berbekam telah dihasilkan sekitar tahun 120 Masihi.

Penemuan terkini dalam tamadun dunia di bidang teknologi perubatan - pembedahan pelastik, tulang tiruan,organ tiruan atau pemindahan organ. Contohnya pada  4 Oktober Tee Hui Yee remaja yang bermasalah jantung dari Batu Pahat telah menerima jantung yang didermakan oleh seorang penderma dari Perak bagi meneruskan hidup seperti orang yang normal. (Utusan Malaysia 4 Ok.07).


Sumbangan Tokoh Perubatan Islam kepada Tamadun Dunia

JABAR IBU HAYAN
Selain menjadi ahli perubatan dan doktor, beliau terkenal sebagai ahli kimia - sumbangannya berkaitan dengan pengewapan(evaporation), penyaringan(filtration), sublimasi (sublimation), pengleburan(melting), dan sebagainya.

HUNAYN BIN ISHAQ
Pakar dalam bidang penyakit mata - ilmu opthamologi.

AL-RAZI
Selain terkenal sebagai ahli perubatan, beliau juga seorang ahli fizik. Sumbangan - kitab tentang ruang,waktu, gerak, ilmu vitamin, ilmu mata, iklim(metreologi), perkembangan(growth), dan pembusukan(putrefaction).

IBNU-KHATIB
Pakar perubatan dan sumbangannya - pencegahan penyakit berjangkit seperti tibi, malaria.

ISHAK YUDA
Ahli biologi -sumbangannya tentang penyakit malaria, ubat mudah dan penyakit (on simple drugs and ailments) , batu karang (on urine).

AL-HAZEN
Seorang ahli perubatan, biologi dan fizik. Sumbangan - pembiasan cahaya melalui udara dan air. Teori ini digunakan dalam ilmu optik - penciptaan lensa mata yang kurang penglihatan.

IBNU-SINA
Seorang doktor perubatan dan ahli falsafah. Sumbangan - sebuah buku yang masih digunakan di Eropah berjodol al-Qanun fi al-Tibb ( canon of Medicine)

IBNU-RUSYD
Seorag ahli falsafah dan perintis kepada renaisans di Barat. Sumbangannya - karya perubatan bertajuk Kuliah fi alTibb.

Tamadun dunia telah membawa perubahan dalam bidang perubatan pada masa ini yang mana berbagai penemuan baru diperolehi. Contohnya tulang palsu, buah pinggang tiruan, pemindahan organ, mesin pengimbas/ x-ray, laser dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan