Selamat Datang

Dialu-alukan memberi komen terhadap artikel di sini. Marilah kita bersama-sama memajukan agama, negara dan bangsa! Selamat membaca. :)

Sabtu, 24 Mac 2012

ELEMEN- ELEMEN DALAM ISU-ISU SEMASA TAMADUN DUNIA - ELEMEN 1


Terdapat enam elemen dalam isu-isu Semasa Tamadun Dunia iaitu Sains, Ekonomi, Politik, Pendidikan, Nilai (Akhlak) dan Islam.

Elemen 1 - Ekonomi

Istilah ekonomi berasal dari istilah Gr eek oikos dan oikonomia. Oikos memenuhi kehendak ahli-ahlinya dengan membekalkan makanan dan pakaian, tempat tinggal dalam lindungannya sendiri tanpa sebarang pertukaran barang dengan orang lain.

Perkataan Economistes pertama kali digunakan di Kancis pada tahun 1760-an dan pada abad tersebut, Adam Smith menghasilkan suatu teori yang komprehansif tentang pertumbuhan nilai distribusi dan percukaian.

Robbins mengatakan ekonomi adalah sains yang  mengkaji tentang perangai manusia sebagai hubungan antara matlamat akhir dan barang-barangan terhad yang mempunyai kegunaan alternatif. Adam Smith menganggap ekonomi sebagai kajian tentang    sifat dan sebab-sebab kekayaan negara. Bill menganggap  ekonomi sebagai sains praktikal mengenai pengeluaran dan pengagihan kekayaan.

Ada juga ahli ekonomi lain menganggap ekonomi dalam bentuk kebajikan dengan menekankan aspek manusia dan  kebendaan. Bagi ahli-ahli ekonomi Islam memberi definasi ekonomi sebagai cara mengatur kehidupan perekonomian dengan  apa yang dimiliki.

Muhammad Baqir As-Shodr, berpendapat bahawa ekonomi Islam merupakan dasar-dasar umum ekonomi daripada  Al-  Quran dan sunah dan sesuai dengan setiap golongan dan masa. Ini ternyata  sejajar dengan dasar daripada    firman Allah:
Surah Al-Baqarah ayat 29 --" Dialah Allah  yang menjadikan segala yang ada di bumi untukmu"
Surah Al-Baqarah ayat 275 --" Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba"

Secara kesimpulannya, ekonomi adalah suatu ilmu yang mengkaji pengeluaran, pengagihan, pertukaran dan penggunaan bahan-bahan atau barang-barang yang bersifat kekurangan serta beraneka. Ekonomi juga merupakan suatu ilmu sains sosial kerana kajian ekonomi melibatkan aspek perilaku manusia.

Sistem Ekonomi

Sara diri
- ekonomi yang paling awal digunakan. Kegiatan ini tertumpu kepada pertanian dan penternakan untuk keperluan diri dan masyarakat.

Komersil
- cara ini dilakukan apabila penduduk yang menjalankan ekonomi sara diri mempunyai hasil berlebihan dan menjualkannya. Pada permulaannya, ia merupakan sejenis kegiatan pertukaran barang iaitu sistem barter.

Tamadun menyebabkan berlakunya kemajuan ekonomi manusia dengan menjalankan
aktiviti pertanian dan penternakan yang lebih bersistematik serta berteknologi.


Perdagangan
- mengagihkan barang atau perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna terakhir dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Perdagangan ini terbahagi kepada dua iaitu perdagangan dalam negeri dan luar negeri. Kegiatan perdagangan melibatkan sistem barter dan kegunaan mata wang.Pada masa ini hampir semua negara di dunia ini menjalankan perdagangan antarabangsa kerana disebabkan perdagangan antarabangsa memberikan faedah kepada negara yang terlibat.

Antara faedah yang diperolehi dari perdagangan antarabangsa adalah seperti:
a)  Memperoleh barang-barang yang dapat dikeluarkan dalam negeri.
b)  Memperluaskan pasaran keluaran dalam negeri
c)  Meningkatkan kecekapan penggunaan factor pengeluaran.
d) Mendapatkan teknologi moden.

Kapitalisme
- individu bebas memiliki harta. Firma atau pengeluar bebas menggunakan sumber bermaksud mereka boleh mengeluarkan barang yang dikehendaki. Individu bebas memilih pekerjaan. Motif pengeluar adalah untuk mendapat untung maksima dan dalam sistem ekonomi kapitalisme dibenarkan menindas orang - aktiviti ini mewujudkan golongan yang menguasai perdagangan - yang lemah akan berhutang dengan golongan yang hidup mewah.

Sosialisme
- sistem organisasi sosial yang menganjurkan supaya sumber-sumber kekayaan seperti pengeluaran, tanah, modal dan sebagainya dijadikan milik negara untuk dinikmati oleh setiap rakyat dengan sama rata.Sistem ini telah dilaksanakan oleh negara-negara yang bertamadun untuk mencapai kesejahteraan.


Pembangunan Ekonomi

Perhubungan 
- merupakan salah satu prasarana penting bagi membangunkan sesebuah ekonomi. 
- jalan sungai: Mesopotamia
- laut: di Alam Melayu
- jalan raya: seluruh empayar China, India, Rom dan Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa

Pengangkutan
- penting sebagai prasarana ekonomi. 
- Orang Mesir membina kapal laut, 
- China - pedati, 
- Alam Melayu - sampan, kapal dan kereta lembu.

Perhubungan dan pengangkutan pada masa kini telah mencapai kemajuan yang maksimum dengan pelbagai rekaan/pembuatan hasil dari penyelidikan  manusia yang bertamadun. Contoh pengangkutan terkini seperti feri, kapal terbang, keretapi laju komuter, airbus, boeng dan lain-lain.

Institusi Kewangan
- adalah badan yang mengendalikan hal-hal kewangan. Sebelum itu, petani terpaksa meminjam daripada tuan-tuan tanah yang merupakan golongan bangsawan. Petani terpaksa mencagarkan tanah mereka dan dikenakan kadar bunga atau faedah yang tinggi. Apabila wujud institusi kewangan, petani diberi pinjaman dengan kadar faedah atau bunga yang rendah. Perkembangan institusi kewangan di Malaysia - berbagai jenis bank.

Gudang 
- adalah tempat menyimpan barang hasil pertanian dan perkilangan kecil. Gudang disediakan untuk menyimpan hasil-hasil kutipan cukai dalam bentuk bijirin serta hasil pertanian. Di India, ada gudang yang mengutip cukai dan menyimpan dalam bentuk bijirin.Semasa kemarau, bijirin ini dikeluarkan tujuannya adalah supaya harga barang makanan boleh dikurangkan ketika negara mengalami kemarau, bencana alam contohnya banjir dan juga ketika wabak penyakit. Gudang pada masa kini telah dinaik taraf  dengan dilengkapi penghawa dingin untuk   menjaga kualiti makanan atau barangan yang disimpan.

Limbungan
- maksudnya dermaga iaitu membuat dan membaiki kapal . Di Arab, Kerajaan Sabak terdapat limbungan di Aman. Orang Sabak pandai membuat kapal dan menjadi pelayar-pelayar. Di Mesir, perusahaan pembinaan kapal laut iaitu kapal yang digunakan untuk perdagangan serta kapal perang. Masa kini limbungan juga digunakan oleh Jabatan Laut dan Jabatan Imegresen untuk pemantauan keselamatan negara.

Selain dari itu, limbungan digunakan untuk aktiviti lain seperti Limbungan Varuna. Sebuah limbungan kapal angkasa kelas bintang yang telah di bina di atas orbit Krisna II. Limbungan ini telah dikawal dengan ketat oleh pihak Pasukan Marin Angkasa lepas kerana ia mempunyai sebuah limbungan rahsia yang digunakan oleh Unit Penyelidikan dan Pembangunannya untuk tujuan membina kapalangkasa jenis prototype.

Pelabuhan
- menjadi prasarana penting dan menjadi kemudahan berbeza bagi tamadun berbeza. Di Melaka, terdapat gudang menyimpan barang untuk pedagang luar Melaka di pelabuhannya. Terdapat pentadbiran 4 Syahbandar untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan perdagangan seperti cukai, tempat berniaga, tempat penginapan, keselamatan dan lain-lain lagi. Keadaan pelabuhan masa kini semakin canggih sejajar dengan perkembangan tamadun.

Bazar 
- adalah tempat untuk berniaga. Di Mesopotamia, rumah kediaman dijadikan kedai mengikut jenis perniagaan. Di India, kedai-kedai khas dibina terutama di Mohenjo-Daro dan Harappa. Di Arab, contohnya Mekah, terdapat banyak pasar yang disediakan antaranya Ukadz, Zulmajaz, Zul Majinnah.

Pusat membeli-belah
- adalah tempat perniagaan terkini yang dibina lengkap dengan berbagai kemudahan dan keperluan manusia masa kini . Tempat-tempat ini adalah binaan manusia yang telah berjaya meningkatkan taraf prasarana kehidupan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan