Selamat Datang

Dialu-alukan memberi komen terhadap artikel di sini. Marilah kita bersama-sama memajukan agama, negara dan bangsa! Selamat membaca. :)

Khamis, 29 Mac 2012

ELEMEN- ELEMEN DALAM ISU-ISU SEMASA TAMADUN DUNIA - ELEMEN 6


Elemen 6 - Islam

Islam adalah sebagai satu agama bagi kehidupan di dunia dan akhirat bermakna Islam menyeru kita memperseimbangkan semua kerja amalan kita antara dunia dan akhirat. Islam melarang kita kita berlaku berat sebelah seperti menumpukan segala usaha untuk akhirat tetapi tidak berbuat apa-apa bagi kemajuan hidup di dunia. Islam juga menegah kita hanya menitikberatkan amalan bagi kehidupan dunia tetapi mengabaikan persiapan bekalan di akhirat nanti.

Islam dan Barat

Setelah peristiwa 11 September 2001 (Pengeboman WTC), Islam dan umatnya dipaksa menghadapi fitnah  dari pihak Zionis, Israel dan Amerika.

Semua itu kerana Zionisme Internasional yang memainkan peranan dalam menyebarkan pemusuhan terhadap Islam, bahkan mereka mendorong dunia seluruhnya untuk memasuhi Islam dan kaum muslimin (Dr Lathifah Ibrahim Khadhar : 2005)

Permusuhan itu semakin jelas ketika Barat mendapatkan alat untuk melemahkan umat Islam iaitu dengan negara Zionis Israel. Negara tersebut laksana duri yang ditusukkan ke jantung dunia arab-Islam di depan penglihatan seluruh nilai. Zionis terus berusaha melenyapkan bangsa-bangsa Palestin serta tempa-tempat sucinya  dan menghancurkan kemampuannya.

Para orientalis memainkan peranan besar dalam menyebarkan semangat pemusuhan terhadap Islam sejak awal. Meskipun kebanyakkan dari mereka bukanlah sejarawan atau sosiologi, mereka mampu membentuk metod dan konsep yang lengkap dalam menggambarkan tentang Islam dan kaum muslim.

Dialah yang Telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai
At-Taubah : 33

Musuh-musuh Islam baik dulu mahupun sekarang menyadari hakikat mutlak ini (berdasarkan ayat) bahawa Allah s.w.t. pasti akan memenangkan umat Islam atas semua agama. Kerana itulah mereka takut kepada Islam. Sementara itu bukti-bukti yang ada di depan kita menunjukkan makin tersebarnya Islam dan bertambahnya kaum muslimin di Eropah.

Setelah itu seluruh negara Islam menjadi sasaran, sampai negara yang sedang berjuang mendapatkan kemerdekaan dan merebut tanahnya kembali contohnya Palestin. Sasaran barat bukan sahaja pada dunia arab malahan dunia luar juga. Alasannya yang diberikan banyaknya dibuat-buat. Barat mampu memaksakan kekuasaannya atas dunia Islam dan merampas kekayaannya.

Isunya

Kebencian barat pada Islam sudah lama. Kebencian ini sudah mula muncul sejak permulaan lahirnya dakwah. Oleh kerana itu musuh-musuh Islam senantiasa berusaha membasmi, menghancur  atau melemahkan kaum muslimin.

Musuh-musuh Islam tidak pernah berhenti berusaha menundukkan kaum muslim dengan cara melemahkan kekuatan mereka, lalu menekan bahkan memerangi mereka. Bahkan Barat berusaha rasa kebenciaan kepada Islam, khususnya di kalangan rakyat kelas menengah. Usaha ini dilakukan agar mereka tidak berfikir untuk mencari dan berusaha mengetahui pemahaman yang benar tentang Islam.

Mereka sentiasa melekatkan tuduhan-tuduhan negatif terhadap Islam. Mereka menyatakan Islam adalah agama yang beridentitikan dengan keganasan atau terroris. Padahal Islam sendirinya bersih dari fitnah itu semua, mereka bukan sahaja membesar-besarkan masalah malah merekayasa persoalan-persoalan besar yang menyelitkan permusuhan terhadap Islam. Maka muncullah seruan untuk memerangi Islam dan menghancurkan sumber-sumber daya mereka

Rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk menghantar tenteranya ke Selat Melaka bagi memerangi pengganas merupakan satu helah negara tersebut  untuk mencampuri hal ehwal politik di negara-negara Asia Tenggara. Peristiwa campur tangan AS terhadap negara-negara Asia Barat dan  Afghanistan  perlu dijadikan satu pengajaran kepada masyarakat di Asia Tenggara.

Pemusnahan Iraq dan Afghanistan merupakan satu kejayaan besar bagi negara tersebut mengaburi mata dunia mengenai keangkuhan mereka sebagai satu kuasa besar di dunia masa kini. Sikap tegas kerajaan Malaysia menolak cadangan AS menghantar askar-askarnya ke Selat Melaka perlu disedari oleh AS bahawa tipu helah mereka terhadap Dunia Ketiga dapat difahami oleh Malaysia.

Maka benarlah firman Allah s.w.t. tentang mereka seperti dalam  surah al-Imran ayat 118


118.  Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. sungguh Telah kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.

Rabu, 28 Mac 2012

ELEMEN- ELEMEN DALAM ISU-ISU SEMASA TAMADUN DUNIA - ELEMEN 5



Elemen 5 - Nilai (Akhlak)

Pendahuluan 

Menurut Mustafa Haji Daud (1999), akhlak merupakan satu daripada tiga bahagian utama wahyu daripada Allah s.w.t disamping akidah dan syarak. Akhlak itu berpusat di hati dan jiwa. Menurut Kamus Dewan (1986), moral merujuk kepada ajaran atau berkenaan buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajipan dan lain-lain), sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari baik buruk sesuatu akhlak. Nilai dan akhlak saling berkaitan antara satu sama lain. Negara yang mempunyai rakyatnya yang mengamalkan nilai-nilai akhlak yang baik sudah pasti akan membawa kepada kesejahteraan dan membina sebuah sebuah bangsa yang maju dan hidup harmoni. Dalam tajuk ini ia akan membincangkan isu semasa Tamadun Dunia dari konsep nilai. Perkembangan diri manusia yang menuju kepada kemajuan dan kemodenan telah menganggu perkembangan nilai yang lebih baik. Saban hari banyak kejadian yang meragut keselamatan, nyawa masayarakat dunia kerana manusia sekarang tidak mementingkan kesejahteraan yang pernah dibanggajan dahulu.

Pengertian Nilai

JULES HENRY (1975) 
- nilai ialah sebagai sesuatu yang dikira baik seperti kasih sayang, baik hati, kepuasan hati, keseronokan, kejujuran, kesopanan, ketenangan  dan kesederhanaan.

SUTAN TAKDIR ALISJAHBANA (1974) 
- mengemukakan satu teori mengenai nilai, di mana nilai adalah satu unsuryang dapat mencerminkan perlakuan manusia. Nilai pemikiran merupakan unsur terpenting yang menentukan tindakan dan perlakuan manusia. Ini merupakan ciri asas yang membezakan manusia daripada makhluk-makhluk lain.

WILLIAM A.SCOUT  (1965) 
- menyamakan nilai dengan moral yang unggul. Beliau mentakrifkan nilai sebagai satu konsep individu tentang perhubungan yang unggul dan digunakan untuk menilai sesuatu kebaikan dan keburukan dan sesuatu kebenaran atau kesalahan tentang perhubungan yang sebenarnya yang dilihat atau dirasai.


Menurut Ghazali Darussalam ( 2001), terdapat 3 sumber nilai yang menjadi pegangan kepada manusia iaitu :

1. AGAMA
Terdapat 2 jenis agama yang dijadikan sumber nilai. Pertama ialah agama Islam. Di sini sumber nilai diambil daripada naqal yang berasaskan daripada wahyu Tuhan (al-Quran) dan hadith Rasulullah s.a.w. Nilai kehidupan yang di ambil daripada 2 sumber bersifat suci. Kedua ialah nilai-nilai yang diambil daripada agama wadi'e atau agama budaya yang diamalkan oleh masyarakat selain Islam seperti agama kristian, Hindu, Kahudi, Buddha, Sikh  dan lain-lain lagi.

2. AKAL
Akal berpunca daripada fikiran manusia yang  sihat melalui filsafat. Nilai-nilai yang diterima pakai oleh semua orang menurut rasional logika dianggap sesuatu perlakuan yang diterima. Biasanya bersumberkan daripada akal manusia yang bersifat sejagat dan disepakati oleh pelbagai bangsa, merentasi agama dan budaya.

3. PENGALAMAN
Perbuatan yang dilakukan berulang kali yang menjadi sebati dan berdarah daging dalam kehidupan. Biasanya diambil dari adat kebiasaan dan undang-undang masyarakat.


Fungsi Nilai di dalam Kehidupan Masyarakat

1.  Nilai adalah untuk mengawal dan mencorakkan pola tingkah laku.
2.  Nilai sebagai alat untuk mendapatkan pengertian atau makna hidup yang kompleks.
a. Hubungan personal- nilai sebagai satu panduan dan standard  bagi membuat pertimbangan penting di dalam kehidupan peribadi.
b. Hubungan antara personal- nilai member fungsi penting dari segi rapatnya  hubungan antara personel dengan seseorang yang lain. Ia juga membantu menentukan keadaan atau corak hubungan seseorang.
c. Hubungan kemasyarakatan- pengaruh dalam menentukan hubungan individu dengan masyarakat yang lebih besar, dan segala tingkah laku tidak dilakukan berasaskan emosi atau tanpa menggunakan akal fikiran.
3. Nilai berperanan sebagai skrin pengamatan dari segi menentukan corak dan fenomena sosial yang ditunjukkan oleh seseorang.
4. Nilai mempunyai pertalian dengan sikap.
5. Nilai sebagai proses sosialisasi.
6. Nilai juga mempengaruhi sikap, pegangan, prinsip dan falsafah hidup individu.
7. Nilai sebagai suatu kriteria membuat keputusan.
8. Nilai memberikan haluan kepada perubahan sosial.
9. Nilai mencerminkan norma masyarakat

Konsep nilai merupakan satu dimensi kepada moral untuk membezakan nilai moral dengan nilai-nilai lain. Maka boleh dikatakan nilai moral merupakan sejenis nilai yang baik dan terpuji dari segi moral yang diamalkan oleh individu, kumpulan atau masyarakat.

Manakala nilai-nilai yang lain iaitu nilai bukan moral seperti ekonomi atau estetika, adalah nilai yang tidak ada kaitan dengan nilai yang baik dari segi moral dan penting dalam hubungan sosial untuk menjamin kestabilan masyarakat dan kehidupan yang baik sesama manusia.


Isu-isu Berkait dengan Nilai

Daripada apa yang kita dengar, melihat dan membaca melalui media massa, kita dapati bahawa dunia kita masih mundur dalam aspek kerohanian (akhlak, hasad dengki), sosial(perpaduan), dan estetika (penghayatan keindahan alam). Perkara-perkara yang tidak diingini yang seperti berikut masih menjadi-jadi (Kamarudin Kachar : 1989)

1. Keruntuhan akhlak (kes rogol, khalwat, kezaliman terhadap kanak-kanak dan sebagainya) - saban hari kalau dilihat perkara-perkara diatas kerap sangat terjadi. Malahan ia sudah menjadi satu masalah yang paling utama di dalam masyarakat. Kalau dulu wanita dan kanak-kanak dilindungi tetapi perkara ini tidak terjadi lagi sekarang. Di dalam peperangan mereka ini merupakan golongan sasaran pihak musuh yang rakus untuk menunjukkan kekuasaan mereka menyebabkan ramai yang terkorban terutamanya dikalangan kanak-kanak dan wanita. Kes rogol, khalwat semakin menjadi-jadi. Bapa sangup menodai anak sendiri, terdapat juga manusia yang bertopengkan syaitan menjadikan sasaran kanak-kanak yang belum kenal erti kebahagian telah dibunuh dan dirogol dengan rakusnya. Siapa yang perlu dipersalahkan?

2. Kelemahan disiplin - Disiplin pelajar dan disiplin perkerja juga dilihat sebagai masalah. Ramai murid-murid yang kurang menitik beratkan pembelajaran dan hanya suka menghabiskan masa di sekitar kawasan yang sunyi dan mempunyai gejala social yang tinggi. Ia telah menjadi trend semasa kepada golongan pelajar dan remaja yang bakal mencorakkan masa depan dunia.

3. Ancaman dadah - Dadah merupakan musuh utama Negara. Hampir kesemua negara menjadikan dadah sebagai musuh utama. Ini kerana kesan apabila telah terjebak dengan dadah cukup tinggi. Ini amat membimbangkan masyarakat kerana golongan ini bukan hanya melebarkan sayap secara berkumpulan malahan menjadikan sasaran pelajar sebagai pengedar dadah bagi mengaburi pihak berkuasa tanpa mengira jantina dan latar belakang pelajar tersebut.

4. Pembaziran - masyarakat sentiasa dimomok-momokan dengan kemewahan dunia dan keglamoran. Ini telah mewujudkan masyarakat yang membazirkan wang ringgit, masa dan tenaga yang hanya untuk memuaskan hati masing-masing.

5.  Rasuah - Gejala rasuah sering melanda kepada golongan yang tamak dan tidak sabar mengecapi kesenangan. Pelbagai cara digunakan bagi melunaskan kepentingan diri sendiri sahaja. Ada kala rasuah mendorong kepada wujudnya kepincangan sesama manusia  kerana kemewahan yang diperolehi oleh orang lain disalahertikan.

6.  Salah guna kuasa

7.  Engkar janji

8.  Merosakkan harta orang lain

9.  Membuang sampah merata-rata

10. Ancaman Nuklear

11. Perebutan kuasa

Semua pihak perlu bertanggung jawab dengan kejadian-kejadian yang berlaku dengan cara menanamkan beberapa sikap positif seperti kasih sayang, semangat bantu- membantu, semangat bertanggungjawab dan semangat mahu maju negara yang maju membantu negara yang masih mundur. Tidak ada tindas menindas untuk menunjukkan kekuatan, sentiasa mengadakan perbincangan dalam kesatuan-kesatuan yang ada serta hilangkan kepentingan diri sendiri . Nilai-nilai dalam Islam perlu jelas untuk menghapuskan gejala-gejala yang tidak diingini dan merosakkan jiwa. Islam memang bencikan keruntuhan akhlak dan inginkan perubahan serta kemajuan.

Selasa, 27 Mac 2012

ELEMEN- ELEMEN DALAM ISU-ISU SEMASA TAMADUN DUNIA - ELEMEN 4



Elemen 4 - Politik

Islam adalah Pemikiran Politik dan Spiritual

Masalahnya kemudian adalah mampukah Islam sebagai pemikiran spiritual dan politik? Persoalan di atas perlu dianalisis berdasarkan bukti-bukti normatif, historik dan empirik.Dengan melihat nas, fakta sejarah kejayaan yang pernah dibatat di dalam lembaran sejarah kegemilangan Islam sejak dari hari pertama tertegaknya Islam di Madinah sebagai suatu kuasa ideologi sehinggalah Khalifah Islam yang terakhir di Turki pada 3 Mac 1924 serta sisa-sisa perlaksanaan Islam di negeri kaum muslimin. Tiga bukti inilah yang akan mampu memberikan gambaranyang nyata kepada kita akan kemampuan Islam sebagai ideologi dunia.

Pertama, secara normatif kita boleh membuktikan kemampuan Islam sebagai ajaran politik dan spiritual dengan melihat elemen yang dimiliki oleh islam, iaitu pemikiran(thougth) dan metod(method). Thought Rasul, Kitab Hari kiamat serta Qhada' dan qadar, pemecahan masalah kehidupan manusia, yang berupa hukum-hukum syara' yang berkenaan dengan masalah manusia, baik yang berkenaan dengan masalah manusia dengan tuhannya, seperti ibadah, ataupun masalah manusia dengan sesamanya sendiri, seperti ekonomi, sosial, politik, pendidikan, hukuman dan sebagainya, mahupun masalah manusia dengan dirinya sendiri seperti masalah makanan, pakaian dan akhlaq.

Manakala Islamic method yang merupakan cara bagaimana agar konsep tersebut boleh diterapkan, dipertahankan dan dikembangkan, mancakupi; metod  menerapkan aqidah dan hukum syara' dengan melaksanakan hukuman (uqubat) kepada orang yang melanggar daripada aqidah dan hukum syara', yang juga ditegakkan oleh negara Khlifah Islam. Contohnya orang murtad dibunuh orang yang melakukan pembangkangan daripada negara akan diperangi, orang yang meninggalkan shalat akan dikenakan ta'zir orang yang mencuri akan dipotong tangannya, orang yang berzina direjam sehingga mati, atau disebat seratus kali ,orang yang membuka aurat di tempat awam akan dikenakan ta'zir, orang yang melakukan rasuah akan dikenakan ta'zir dan sebagainya. Di mana perlaksanaan seluruh hukuman keatas tiap bentuk penyimpangan daripada hukum syara' merupakan jaminan bagi keutuhan syaria't Islam. Metod menyebarkan aqidah dan hukum syara' iaitu dengan dakwah dan jihad yang dilakukan oleh Khalifah Islam .Dimana dakwah Islam kepada orang bukan islam di dalam dengan cara melaksanakan semua hukum Islam.sehingga mereka boleh menyaksikan cahaya Islam dan akhirnya memeluk Islam.

Sedangkan dakwah Islam dan orang bukan islam di luar negeri dilakukan dengan jihad, yang caranya telah ditetapkan oleh islam dengan tiga tahap iaitu;

1.  Diseru untuk memeluk islam ,apabil bersetuju maka dibiarkan.
2. Apabila tidak bersetuju akan diseru dan tunduk kepada pemerintahan islam dengan cara menerapkan semua hukum islam yang berkenaan dengan masalah soisial, ekonomi, politik, pendidikan uqubat (hukuman) dan hukum-hukum yang lain, kecuali aqidah, ibadah , makanan, pakaian dan pernikahan (nikah dan talak)
3.  Apabila tidak bersetuju akan diperangi secara habis-habisan sehingga tunduk kepada Islam.

Inilah secara ringkas gambaran tentang islam dari sudut pemikiran dan metod(though dan method). Ini merupakan gambaran normatif yang boleh dilihat dalam kitab-kitab fikih islam.

Kedua secara historik,berbagai-bagai bukti boleh dilihat dalam  catatan sejarah, sebagaimana yang dibukukan oleh ahli sejarah, samaada dalam sirah atau tarikh, seperti sirah ibnu Ishak, Maghazi al-waqidi, Tabaqat ibnu Sa'ad, Sirah ibnu Hisyam, Tarikh al-umam Wa al-Mulk, Tarikh ibnu al-Atsir, Tarikh ibnu Katsir dan sebagainya. Buku-buku sejarah ini dapat memberikan gambaran yang jelas tentang bagaimana Islam diterapkan sepanjang berabad-abad.

Satu catatan yang telah ditinggalkan oleh kegemilangan Islam selam 1300 tahun lebih, dimana Islam berdiri sebagai ideologi, antara lain ialah bilangan kes mereka  yang dipotong tangan akibat disabit kesalahan mencuri dan dikenakan hukuman hudud terhadap mereka adalah berjumlah 200 kes sahaja. Rekod ini dapat dicapai kerana apabila ideologi Islam ditegakkan dalam kalangan masyarakat, ianya akan membina masyarakat supaya menjadikan aqidah Islam sebagai qiyadah dan fikriyah (pengendali seluruh pemikiran) mereka. Dan ini akan melahirkan perasaan taqwa di dalam diri anggota masyarakat, yang mana taqwa ini akan mencetuskan suatu sifat untuk mengawal diri kepada setiap individu sehingga mendorong individu-individu tersebut melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T., serta meninggalkan apa sahaja yang dilarangNYA. begitu juga masyarakat yang dibina, akan membawa pemikiran dan perasaan Islam yang mengaktifkan dan menjadikan mereka peka dengan kerja amar ma'ruf dan nahi mungkar bagi mengawal masyarakat, supaya sentiasa berada diatas jalan Islam yang lurus. Adapun yang paling  memainkan peranan dalam konteks ini ialah wujudnya pemikiran dan metod Islam di dalam sebuah negara yang akan melaksanakan seluruh sistem Islam.

Ketiga secara empiri, banyak bukti boleh disaksikan hingga saat ini. As-sheikh Taqiyuddin An-Nabhani memberikan gambaran yang rinci tentang bukti tersebut, iaitu ada dua bukti yang hingga kini boleh disaksikan lagi. Pertama ,adanya lembaga peradilan(al-qhada') yang bertugas menyelesaikan sengketa di tengah masyarakat samaada berkenaan dengan kes masyarakat dengan masyarakat ataupun kes masyarakat dengan negara .Kedua pejabat pemerintahan (al-hakim) yang bertugas melaksanakan semua hukum Islam di tengah masyarakat.

Mengenai masalah peradilan , catatan sejarah dari zaman nabi Muhammad S.A.W, sehingga akhir kekhilafahan Islam di Turki, belum pernah ditemui ada satu masalah pun yang diselesaikan dengan menggunakan hukum yang lain, kecuali dengan hukum  Islam. Bahkan orang-orang bukan Islam pun boleh memahami hukum Islam dengan baik  malah ada diantara mereka menulis kitab fikih Islam, seperti Salim Al-Baz. Namun setelah dipisahkan mahkamah kepada dua iaitu mahkamah sivil (awam) dan mahkamah syariah(agama) kerana mengikut cara barat maka ketika itulah ada kes yang
diselesaikan bukan dengan hukum Islam.

Bahkan dalam masalah penerapan  hukum tersebut hingga kini, hukum-hukum Islam masih diterapkan di negeri-neger i kaum muslimin meskipun tidak secara keseluruhan. Seperti hukuman potong tangan,rejam dan sebat masih diterapkan di pelbagai wilayah negeri seperti Arab Saudi, Malaysia dan lain-lain.

Sedangkan  masalah  lain  pejabat  pemerintahan(al-hakim)  yang  bertugas melaksanakan semua hukum Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam sejarah zaman nabi sehingga kekhilafahan islam adalah sangat jelas. Yang semuanya terdiri daripada lapan struktur; (1)Khalifah, (2)Pembantu di Bidang Pemerintahan, (Mu'awin Tanfiz), (3)Wali dan Amil, (5)Badan Pentadbiran Awam (Al-Jihaz Al-Idari), (6)Panglima perang dan Tentera, (7) Majlis Ummat, (8) Peradilan.

Inilah  fakta  dan  bukti-bukti yang  secara  empirik  telah  menunjukkan  keutuhan Islam sebagai ajaran agama yang menyeluruh, samaada yang berkenaan konsep politik mahupun spiritual. Semuanya diajar di dalam Islam .

Isnin, 26 Mac 2012

ELEMEN- ELEMEN DALAM ISU-ISU SEMASA TAMADUN DUNIA - ELEMEN 3


Elemen 3 - Pendidikan

Sejarah awal pendidikan dalam tamadun manusia djelaskan dalam firman Allah,
Surah Al-Baqarah ayat 31





Menurut Ismacil Raj'i al Faruqi lagi, membina peradaban Islam mengikut sistem dan garis panduan yang sebenar. Garis panduan yang dimaksudkan adalah pentauhidan kepada Allah adalah asas pembinaan tamadun hidup manusia bermula dengan mendapat didikan dari ilmu yang benar dan mantap.

Syed Muhammad Al-Naquib Al-Attas pula, melaksanakan satu sistem pendidikan yang mantap dan lengkap. Teras pentauhidan yang kukuh akan mampu membina satu sistem yang paling mantap dan lengkap bagi tujuan dan mencapai matlamat pendidikan manusia.

Sistem yang berteraskan kepada sandaran ilmu yang rapuh pasti akan menemui kesan yang tidak menjamin kekuatan dan ketamadunan manusia. Pandangan daripada Hasan Langgulung, asas tauhid itu adalah mencapai keredaan Allah, menjauhi murka dan siksa-Nya dan melaksanakan pengabdian yang tulus ikhlas kepada-Nya. Pastinya, untuk mencapai kepada kefahaman tauhid yang sebenar adalah melalui ilmu yang benar dan mantap.

Mohd Sulaiman bin Hj Yasin menyatakan bahawa, menzahirkan sifat-sifat akhlak Islam nisbah kepada akhlak aqidah sebagai asas dan teras pendidikan Islam.

Kesimpulan dari perbincangan maksud Tauhid ini secara umumnya dapat difahami sebagai penyelamat manusia, masyarakat, negara dan dunia adalah terserah kepada agama yang benar. Agama yang benar berdasarkan kepada tauhid yang murni, keadilan yang mutlak, hukum-hukum yang seimbang yang ditetapkan oleh Allah Ta'ala adalah menghubungkan antara manusia dengan Allah yang menjadi pengawal, pengadang, yang senantiasa melihat gerak-geri tiap insan dinyatakan oleh Haron Din Lahir pada Zaman Abbasiy- perbahasan mengenai aqidah, ilmu Tauhid.

Manakala sistem pula cara,jalan,proses yang dapat diukur,  adalah kumpulan benda-benda atau bahagian-bahagian yang bergerak bersama sebagai satu keseluruhan menurut kamus Longman dictionary of contemporary English. Sistem adalah merupakan satu tatacara atau susun atur kerja dalam melaksanakan sesuatu perancangan dan akhirnya akan menghasilkan sesuatu menurut perancangan tersebut. 

Menurut Tajul Arifin Noordin, sarjana barat mendefinisikan pendidikan pula  sebagai satu proses membentuk kecenderungan asas berupa aqliah dan perasaan terhadap alam dan manusia. Definisi Sarjana Islam, bimbingan rohani dan jasmani berdasarkan hukum-hukum agama islam mengarah kepada terbentuknya keperibadian utama menurut  ukuran-ukuran islam. Jelasnya: Proses yang dilalui oleh anak-anak yang dididik secara sedar  oleh pendidik untuk membentuk manusia muslim berdasarkan ajaran Islam.

Ahad, 25 Mac 2012

ELEMEN- ELEMEN DALAM ISU-ISU SEMASA TAMADUN DUNIA - ELEMEN 2


Elemen 2 - Sains/Perubatan

Umum mengatakan Barat telah banyak menyumbang kepada pembangunan bidang ini kerana tidak ramai yang mengetahui dari zaman prasejarah sehingga kurun ke 16 para ilmuan Islam dari Asia Barat telah lama mendahului dalam pembangunan inovasi dan
teknologi terkini.

Konsep Al-Quran yang menganjurkan konsep berfikir, mengamai dan memerhati telah berjaya melahirkan kecenderungan manusia untuk mengkaji dan menyelidik yang menjadi pendorong utama kepada kegemilangan saintis Islam.

Pemenang hadiah novel - Albert Einstein - menyebut  Sains tanpa agama adalah palsu dan Agama tanpa sains adalah buta" Setiap surah dalam Al-Quran terkandung makna dengan terlalu banyak petunjuk yang menerangkan mengenai perjalanan alam yang boleh dijadikan landasan kajian sains.

Teleperubatan menjangkau batas masa, sempadan

Perubatan adalah salah satu ilmu yang terkandung di dalam Al-Quran. Bidang perubatan dibabitkan secara langsung atau tidak langsung ke dalam teknologi maklumat dan komunikasi serta mengalami perubahan yang sama.

Teleperubatan adalah sistem yang menghubungkan antara doktor, pentadbir, penyedia perkhidmatan dan pesakit. Akibat prasarana fizikal yang menyukarkan, teknologi komunikasi canggih ketika ini memungkinkan pesakit dapat diselamatkan kecuali memerlukan sentuhan fizikal seperti pembedahan. Saat kecemasan awal boleh dilakukan menerusi telefon dan internet.Antara aplikasi utama teleperubatan - klinikal, pentadbiran, pendidikan, penyelidikan, penilaian pemeriksaan, dianosis dan perundingan. Rawatan boleh dibuat dari jauh dan  di mana berada.

Pentadbiran boleh dilakukan dengan telesidang, penjadualan, kepenggunaan, penilaian hasil kerja, dan penyelidikan dimajukan menerusi agregasi data daripada berbilang sumber dan koordinasi.

Maklumat kesihatan dan rekod pesakit boleh diperolehi dengan pantas walaupun berada di tempat berlainan. Kad pelbagai guna - MyKad - membolehkan rekod perubatan disimpan dan dibawa kemana sahaja.

Penjagaan kesihatan pengimbas x-ray, CT scan, MRI, ultrabunyi adalah antara penjagaan kesihatan. Instrumen kesihatan bukan sahaja terdapat di hospital, juga boleh dimiliki sendiri di rumah. HUKM menjadi hospital pertama di Malaysia menggunakan Sistem Case-mix. Sistem Case-mix adalah suatu sistem pengelasan penyakit yang menggabungkan jenis penyakit yang dirawat di sesebuah hospital dengan kos rawatan yang terlibat. Sistem ini mengumpulkan episod-episod rawatan yang sama seperti rawatan akut, pembedahan harian dan lain-lain lagi kepada kumpulan klasifikasi yang
lebih bermakna dan berfaedah.

Berbekam - salah satu rawatan yang berkaitan dengan darah. Model alat pengukur jumlah darah yang keluar dengan cara berbekam telah dihasilkan sekitar tahun 120 Masihi.

Penemuan terkini dalam tamadun dunia di bidang teknologi perubatan - pembedahan pelastik, tulang tiruan,organ tiruan atau pemindahan organ. Contohnya pada  4 Oktober Tee Hui Yee remaja yang bermasalah jantung dari Batu Pahat telah menerima jantung yang didermakan oleh seorang penderma dari Perak bagi meneruskan hidup seperti orang yang normal. (Utusan Malaysia 4 Ok.07).


Sumbangan Tokoh Perubatan Islam kepada Tamadun Dunia

JABAR IBU HAYAN
Selain menjadi ahli perubatan dan doktor, beliau terkenal sebagai ahli kimia - sumbangannya berkaitan dengan pengewapan(evaporation), penyaringan(filtration), sublimasi (sublimation), pengleburan(melting), dan sebagainya.

HUNAYN BIN ISHAQ
Pakar dalam bidang penyakit mata - ilmu opthamologi.

AL-RAZI
Selain terkenal sebagai ahli perubatan, beliau juga seorang ahli fizik. Sumbangan - kitab tentang ruang,waktu, gerak, ilmu vitamin, ilmu mata, iklim(metreologi), perkembangan(growth), dan pembusukan(putrefaction).

IBNU-KHATIB
Pakar perubatan dan sumbangannya - pencegahan penyakit berjangkit seperti tibi, malaria.

ISHAK YUDA
Ahli biologi -sumbangannya tentang penyakit malaria, ubat mudah dan penyakit (on simple drugs and ailments) , batu karang (on urine).

AL-HAZEN
Seorang ahli perubatan, biologi dan fizik. Sumbangan - pembiasan cahaya melalui udara dan air. Teori ini digunakan dalam ilmu optik - penciptaan lensa mata yang kurang penglihatan.

IBNU-SINA
Seorang doktor perubatan dan ahli falsafah. Sumbangan - sebuah buku yang masih digunakan di Eropah berjodol al-Qanun fi al-Tibb ( canon of Medicine)

IBNU-RUSYD
Seorag ahli falsafah dan perintis kepada renaisans di Barat. Sumbangannya - karya perubatan bertajuk Kuliah fi alTibb.

Tamadun dunia telah membawa perubahan dalam bidang perubatan pada masa ini yang mana berbagai penemuan baru diperolehi. Contohnya tulang palsu, buah pinggang tiruan, pemindahan organ, mesin pengimbas/ x-ray, laser dan lain-lain.

Sabtu, 24 Mac 2012

ELEMEN- ELEMEN DALAM ISU-ISU SEMASA TAMADUN DUNIA - ELEMEN 1


Terdapat enam elemen dalam isu-isu Semasa Tamadun Dunia iaitu Sains, Ekonomi, Politik, Pendidikan, Nilai (Akhlak) dan Islam.

Elemen 1 - Ekonomi

Istilah ekonomi berasal dari istilah Gr eek oikos dan oikonomia. Oikos memenuhi kehendak ahli-ahlinya dengan membekalkan makanan dan pakaian, tempat tinggal dalam lindungannya sendiri tanpa sebarang pertukaran barang dengan orang lain.

Perkataan Economistes pertama kali digunakan di Kancis pada tahun 1760-an dan pada abad tersebut, Adam Smith menghasilkan suatu teori yang komprehansif tentang pertumbuhan nilai distribusi dan percukaian.

Robbins mengatakan ekonomi adalah sains yang  mengkaji tentang perangai manusia sebagai hubungan antara matlamat akhir dan barang-barangan terhad yang mempunyai kegunaan alternatif. Adam Smith menganggap ekonomi sebagai kajian tentang    sifat dan sebab-sebab kekayaan negara. Bill menganggap  ekonomi sebagai sains praktikal mengenai pengeluaran dan pengagihan kekayaan.

Ada juga ahli ekonomi lain menganggap ekonomi dalam bentuk kebajikan dengan menekankan aspek manusia dan  kebendaan. Bagi ahli-ahli ekonomi Islam memberi definasi ekonomi sebagai cara mengatur kehidupan perekonomian dengan  apa yang dimiliki.

Muhammad Baqir As-Shodr, berpendapat bahawa ekonomi Islam merupakan dasar-dasar umum ekonomi daripada  Al-  Quran dan sunah dan sesuai dengan setiap golongan dan masa. Ini ternyata  sejajar dengan dasar daripada    firman Allah:
Surah Al-Baqarah ayat 29 --" Dialah Allah  yang menjadikan segala yang ada di bumi untukmu"
Surah Al-Baqarah ayat 275 --" Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba"

Secara kesimpulannya, ekonomi adalah suatu ilmu yang mengkaji pengeluaran, pengagihan, pertukaran dan penggunaan bahan-bahan atau barang-barang yang bersifat kekurangan serta beraneka. Ekonomi juga merupakan suatu ilmu sains sosial kerana kajian ekonomi melibatkan aspek perilaku manusia.

Sistem Ekonomi

Sara diri
- ekonomi yang paling awal digunakan. Kegiatan ini tertumpu kepada pertanian dan penternakan untuk keperluan diri dan masyarakat.

Komersil
- cara ini dilakukan apabila penduduk yang menjalankan ekonomi sara diri mempunyai hasil berlebihan dan menjualkannya. Pada permulaannya, ia merupakan sejenis kegiatan pertukaran barang iaitu sistem barter.

Tamadun menyebabkan berlakunya kemajuan ekonomi manusia dengan menjalankan
aktiviti pertanian dan penternakan yang lebih bersistematik serta berteknologi.


Perdagangan
- mengagihkan barang atau perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna terakhir dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Perdagangan ini terbahagi kepada dua iaitu perdagangan dalam negeri dan luar negeri. Kegiatan perdagangan melibatkan sistem barter dan kegunaan mata wang.Pada masa ini hampir semua negara di dunia ini menjalankan perdagangan antarabangsa kerana disebabkan perdagangan antarabangsa memberikan faedah kepada negara yang terlibat.

Antara faedah yang diperolehi dari perdagangan antarabangsa adalah seperti:
a)  Memperoleh barang-barang yang dapat dikeluarkan dalam negeri.
b)  Memperluaskan pasaran keluaran dalam negeri
c)  Meningkatkan kecekapan penggunaan factor pengeluaran.
d) Mendapatkan teknologi moden.

Kapitalisme
- individu bebas memiliki harta. Firma atau pengeluar bebas menggunakan sumber bermaksud mereka boleh mengeluarkan barang yang dikehendaki. Individu bebas memilih pekerjaan. Motif pengeluar adalah untuk mendapat untung maksima dan dalam sistem ekonomi kapitalisme dibenarkan menindas orang - aktiviti ini mewujudkan golongan yang menguasai perdagangan - yang lemah akan berhutang dengan golongan yang hidup mewah.

Sosialisme
- sistem organisasi sosial yang menganjurkan supaya sumber-sumber kekayaan seperti pengeluaran, tanah, modal dan sebagainya dijadikan milik negara untuk dinikmati oleh setiap rakyat dengan sama rata.Sistem ini telah dilaksanakan oleh negara-negara yang bertamadun untuk mencapai kesejahteraan.


Pembangunan Ekonomi

Perhubungan 
- merupakan salah satu prasarana penting bagi membangunkan sesebuah ekonomi. 
- jalan sungai: Mesopotamia
- laut: di Alam Melayu
- jalan raya: seluruh empayar China, India, Rom dan Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa

Pengangkutan
- penting sebagai prasarana ekonomi. 
- Orang Mesir membina kapal laut, 
- China - pedati, 
- Alam Melayu - sampan, kapal dan kereta lembu.

Perhubungan dan pengangkutan pada masa kini telah mencapai kemajuan yang maksimum dengan pelbagai rekaan/pembuatan hasil dari penyelidikan  manusia yang bertamadun. Contoh pengangkutan terkini seperti feri, kapal terbang, keretapi laju komuter, airbus, boeng dan lain-lain.

Institusi Kewangan
- adalah badan yang mengendalikan hal-hal kewangan. Sebelum itu, petani terpaksa meminjam daripada tuan-tuan tanah yang merupakan golongan bangsawan. Petani terpaksa mencagarkan tanah mereka dan dikenakan kadar bunga atau faedah yang tinggi. Apabila wujud institusi kewangan, petani diberi pinjaman dengan kadar faedah atau bunga yang rendah. Perkembangan institusi kewangan di Malaysia - berbagai jenis bank.

Gudang 
- adalah tempat menyimpan barang hasil pertanian dan perkilangan kecil. Gudang disediakan untuk menyimpan hasil-hasil kutipan cukai dalam bentuk bijirin serta hasil pertanian. Di India, ada gudang yang mengutip cukai dan menyimpan dalam bentuk bijirin.Semasa kemarau, bijirin ini dikeluarkan tujuannya adalah supaya harga barang makanan boleh dikurangkan ketika negara mengalami kemarau, bencana alam contohnya banjir dan juga ketika wabak penyakit. Gudang pada masa kini telah dinaik taraf  dengan dilengkapi penghawa dingin untuk   menjaga kualiti makanan atau barangan yang disimpan.

Limbungan
- maksudnya dermaga iaitu membuat dan membaiki kapal . Di Arab, Kerajaan Sabak terdapat limbungan di Aman. Orang Sabak pandai membuat kapal dan menjadi pelayar-pelayar. Di Mesir, perusahaan pembinaan kapal laut iaitu kapal yang digunakan untuk perdagangan serta kapal perang. Masa kini limbungan juga digunakan oleh Jabatan Laut dan Jabatan Imegresen untuk pemantauan keselamatan negara.

Selain dari itu, limbungan digunakan untuk aktiviti lain seperti Limbungan Varuna. Sebuah limbungan kapal angkasa kelas bintang yang telah di bina di atas orbit Krisna II. Limbungan ini telah dikawal dengan ketat oleh pihak Pasukan Marin Angkasa lepas kerana ia mempunyai sebuah limbungan rahsia yang digunakan oleh Unit Penyelidikan dan Pembangunannya untuk tujuan membina kapalangkasa jenis prototype.

Pelabuhan
- menjadi prasarana penting dan menjadi kemudahan berbeza bagi tamadun berbeza. Di Melaka, terdapat gudang menyimpan barang untuk pedagang luar Melaka di pelabuhannya. Terdapat pentadbiran 4 Syahbandar untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan perdagangan seperti cukai, tempat berniaga, tempat penginapan, keselamatan dan lain-lain lagi. Keadaan pelabuhan masa kini semakin canggih sejajar dengan perkembangan tamadun.

Bazar 
- adalah tempat untuk berniaga. Di Mesopotamia, rumah kediaman dijadikan kedai mengikut jenis perniagaan. Di India, kedai-kedai khas dibina terutama di Mohenjo-Daro dan Harappa. Di Arab, contohnya Mekah, terdapat banyak pasar yang disediakan antaranya Ukadz, Zulmajaz, Zul Majinnah.

Pusat membeli-belah
- adalah tempat perniagaan terkini yang dibina lengkap dengan berbagai kemudahan dan keperluan manusia masa kini . Tempat-tempat ini adalah binaan manusia yang telah berjaya meningkatkan taraf prasarana kehidupan mereka.

Jumaat, 16 Mac 2012

MASALAH INTEGRITI DI MALAYSIA



Definisi Integriti
Integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama bersabit dengan individu; kedua integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, pada umumnya integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi.
Bagi kalangan individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Pada peringkat organisasi pula, integrity boleh  tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.

Isu-isu yang berkait dengan integriti
Kelewatan dan ketidakcekapan, kecuaian, sikap sambil lewa dalam perkhidmatan, ketirisan, penyalahgunaan kuasa, penipuan rasuah.

Faktor yang menyebabkan tercetusnya masalah integriti dalam kalangan masyarakat Malaysia
Salah satu penyebab berlakunya masalah ini ialah akibat amalan tidak berintegriti sendiri seperti memberi dan menerima rasuah.  Sikap ini telah  menjadi sebahagian dari budaya yang diamalkan oleh sebilangan ahli masyarakat di negara ini. Masyarakat Malaysia pada masa kini juga takut membuat laporan dan takut pada tindakan balas. Hal ini lah yang menyebabkan jumlah kes salah laku semakin meningkat dan menjadaai sukar untuk dibendung.Kita boleh mengambil contoh melalui situasi ini:
Seorang penjawat awam mahupun swasta menerima rasuah untuk memudahkan sesuatu proses yang melibatkan kepentingan umum. Rasuah untuk mendapatkan tender, rasuah untuk memotong barisan, rasuah untuk mengelak dari dikenakan hukuman dan macam-macam lagi.
Hal ini berlaku adalah akibat kelemahan Individu itu sendiri akibat daripada kurangnya nilai integriti di dalam diri individu tersebut. Mungkin alasan bagi kurangnya pendidikan boleh menjadi salah satu faktor utama bagi masalah ini. Namun begitu, pada masa kini, tahap pendidikan tidaklah menjamin nilai integriti yang dimiliki oleh seseorang itu. Sebaliknya, penghayatan nilai- nilai murni yang akan menentukan tahap nilai integriti seseorang itu kerana melalui penghayatan nilai- nilai murni seseorang individu itu akan belajar membuat pertimbangan untuk membezakan baik buruk sesuatu perkara itu.
Sikap tamak dan ego juga merupakan salah satu penyebab masalah ini bagi seseorang individu. Dengan wujudnya sikap tamak, seseorang itu akan hilang pertimbangan dalam mencari cara untuk mendapatkan kekayaan. Mungkin alasan mengenai tekanan ekonomi boleh digunakan untuk membela diri bagi tuduhan terhadap ketamakan, tetapi haruslah diingat bahawa masih banyak cara lain yang boleh digunakan selain menyalahi undang- undang demi mengurangkan tekanan ekonomi khusus bagi kehidupan seseorang individu itu. Sikap keegoan pula mnyebabkan seseorang itu buta terhadap kelemahan diri sendiri dan sukar untuk menerima teguran. Hal ini secara tidak langsung membantutkan perkembangan sesebuah institusi itu.
Selain daripada itu, masalah kepimpinan kurang berteladan juga menyebabkan masyarakat yang dipimpin bangun  memberontak  untuk menegakkan fahaman masing-masing. Arahan pengurusan atau politik yang melanggar prosedur dan peraturan juga akan menyebabkan berlakunya kes salah laku. Hal ini secara tidak langsung mengajar masyarakat untuk melanggar dan menentang  prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.

Kesimpulannya
Integriti adalah istilah menggambarkan pegangan nilai dan kayu pengukur kepada nilai diri yang kompeten, profesional, jujur dan amanah sama ada sebagi anggota masyarakat mahupun penjawat awam. Ia merupakan elemen penting dalam pembentukan sahsiah, etika, imej dan jati diri jika dibudayakan dalam masyarakat tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan negara.
Justeru itu, masyarakat harus belajar untuk  mengurus Integriti  dan mengambil berat sama ada tujuan atau niat dalam melakukan satu- satu perkara itu adalah berlandaskan cara atau kaedah yang betul. Maksud betul disini adalah mengikut ajaran agama dan mestilah mematuhi undang- undang . Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, nescaya sebuah masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun.

Sabtu, 3 Mac 2012

MALAYSIA SEBAGAI HUB PRODUK HALAL

Hub halal boleh didefinisi sebagai aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran produk halal oleh pengeluar atau syarikat yang telah melepasi piawaian yang telah ditetapkan oleh agensi tertentu yang mempunyai leluasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( Jakim ). Konsep halal  adalah berdasarkan ajaran agama Islam.

Makanan halal bermaksud makanan yang dibenarkan oleh hukum syarak dan menepatisyarat-syarat berikut:
· Tidak mengandungi mana-mana bahagian atau produk daripada haiwan yang tidak halal mengikut syarak atau produk daripada haiwan yang tidak disembelih mengikuthukum syarak.
· Tidak mengandungi bahan yang dikategorikan sebagai najis oleh hukum syarak.
· Tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan yang telah dicemari bahan-bahan najis menurut syara.
· Semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan atau pemindahannya,makanan tersebut perlu diasingkan dari makanan yang tidak menepati keperluan a, batau c di atas atau bahan-bahan yang telah dimaktubkan sebagai najis oleh hukum syarak.

Tujuan
Antara tujuan kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub produk halal ialah membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara.

1. Memacu pertumbuhan ekonomi Negara
- Tahun 2010, Malaysia telah diiktiraf sebagai hub Halal Dunia, peluang untuk negara sebagai pengeluar utama produk halal.
 - Usaha kerajaan menjadikan malaysia sebagai hub Halal Dunia kerana nilai pasaran pada 2010 bernilai RM 8 trillion dan dianggarkan menjangkau  RM 18 trillion menjelang 2011
 - Industri PKS berasaskan produk hahal mampu meningkatkan KDNK dan sentiasa berkembang dengan inovasi teknologi terkini. melonjakan pendapatan negara.

2. Meningkatkan taraf hidup masyarakat Islam
- menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, mengurangkan penggangguran dan mencipta peluang pekerjaan.
- mengurangkan kadar kemiskinan.
 - meningkat pendapatan isi rumah.

3. Pasaran yang luas
- pasaran untuk penduduk Islam berjumlah 2 billion atau 60 peratus penduduk Asia- pasaran yang luas dan produk halal senang untuk dipasarkan.
- pasaran untuk negara-negara Islam atau Timur Tengah adalah seperti Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UEA ).
- Di Asia lebal halal dipandang tinggi di Jepun, Thailand sebagai pelaris jualan atau ‘marketing tool’ , pasaran Eropah.

4. Pemindahan teknologi
- menggalakkan penglibatan para pelabur antarabangsa melabur di Malaysia dalam industkusan halal. Contohnya negara-negara Islam di seluruh dunia.
- Teknologi pemprosesan dan pembungkusan dalam industri herba…, Korea Selatan, Taiwan dan China.
- Teknologi Pengredan bahan dan makanan memajukan industri sosej dan burger halal.

5. Halallan toiyiba ( Halal lagi baik )
- Halal dari segi sumber, cara penyediaan, bahan dan kandungan produk halal.
- Mengutamakan kebersihan dan kesucian daripada unsur subahat.
- Mendapat pengiktirafan JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia

Isu Halal Haram Masa Kini
Pelbagai isu mengenai penyelewengan sama ada logo halal, cara pembuatan dan percampuran barangan yang tidak halal didedahkan dalam surat khabar.Ini menjadikan kebimbangan terhadap masyarakat Islam yang mencari produk halal untuk kegunaan seharian mereka.
Antara isu yang timbul pada masa kini ialah seperti sebuah gerai yang bergerak di Desajay, Kepong menjual daging babi salai yang dibungkus dalam plastic berlogo halal jakim. Beberapa orang Islam suadah terpedaya dengan logo ini dan menbeli daging itu.

Kesimpulannya
Industri halal berpotensi menjana ekonomi negara, meningkat KDNK (keluaran dalam negara kasar), peluang pekerjaan baru, pengenalan teknologi baru dan peluang negara Islam menguasai industri halal dunia.



Rabu, 29 Februari 2012

TAMADUN ISLAM DI CHINA


SEJARAH

Islam pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Uthman, Khalifah, pada 651, lebih kurang dari dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad. Rombongan itu diketuai oleh Sa`d ibn Abī Waqqās, bapa saudara Nabi sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid peringatan di Canton, yang merupakan masjid pertama di negara itu dibina. Zaman Dinasti Tang adalah zaman keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Pemastautinan orang Islam pertama di China terdiri daripada saudagar Arab dan Parsi. Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut menjadi permulaan kepada rujukan terhadap huihui atau Hui sebagaimana yang mereka dikenali hari ini.


Makanan halal di China

Oleh sebab bilangan penduduk Muslim di China barat besar, banyak restoran Cina menghidang kepada umat Islam atau menghidang kepada orang awam tetapi dijalankan oleh umat Islam. Di kebanyakan bandar raya utama di China, terdapat restoran kecil Islam atau gerai makanan yang biasanya dijalankan oleh pendatang dari China Barat (contohnya, Orang Uyghur), yang mejual sup mi yang murah. Daging kambing biri dan kambing lebih biasa didapati di sana, berbanding dengan restoran Cina yang lain, disebabkan oleh kelaziman daging ini dalam makanan China barat.

Di pelbagai masjid di Beijing juga dapat kelihatan banyak karya seni khat yang terdiri daripada huruf bahasa Arab dan aksara bahasa Mandarin.
Gaya tulisan

Bentuk gaya tulisan Islam Cina untuk skrip Arab. Ia dapat dirujukkan pada apa-apa sahaja jenis gaya tulisan Cina Islam, tetapi secara umum digunakan untuk merujukkan pada satu kesan yang tebal dan tapered, seperti Karya tulisan Cina. Ia digunakan secara besar di masjid-masjid di China timur, dan dengan secara lebih kurangnya di Gansu, Ningxia, dan Shaanxi. Seorang gaya penulis Sini terkenal adalah Hajji Noor Deen Mi Guangjiang.

Seni pertahankan diri

Pembangunan Islam dan pengambilalihan pada taraf tertinggi wushu Cina telah ada sejarah yang lama. Banyak akarnya berasas pada Qing Dynasty persecution of Muslims. Masyarakat Hui telah bermula dan menadaptasi banyak gaya-gaya wushu seperti bajiquan, piguazhang, dan liuhequan. Ada daerah-daerah utama yang telah dikenali sebagai pusat wushu Muslim, seperti County Cang di Wilayah Hebei. Seni pertahankan diri ini adalah sangat lain dari gaya-gaya Turkic yang diamalkan di Xinjiang.

Istilah Cina untuk institusi Islam

Qīngzhēn (清真) adalah istilah bahasa Cina untuk sesetengah institusi Islam. Secara harfiah ia bermakna "kesucian benar."
Dalam bahawa Cina, halal adalah digelar qīngzhēn cài (清真菜) atau "makanan suci yang benar." Sebuah masjid adalah dipanggil qīngzhēn sì (清真寺) atau "kuil suci yang benar."

Orang Islam Masyhur di China

Penjelajah

Zheng He, ahli marin dan penjelajah
Fei Xin, juru terjemahan Zheng He
Ma Huan, seorang sahabat Zheng He

Ketenteraan

Jeneral penemuan Wangsa Ming: Chang Yuchun, Hu Dahai,Lan Yu, Mu Ying
Keuta-ketua Pemberontakan Panthay: Du Wenxiu, Ma Hualong
Ma clique warlords sewaktu zaman Republik China: Ma Bufang, Ma Chung-ying, Ma Fuxiang, Ma Hongkui, Ma Hongbin, Ma Lin, Ma Qi, Ma Hun-shan
Bai Chongxi, jeneral tentera Republik China

Sarjana dan penulis

Bai Shouyi, sejarawan
Tohti Tunyaz, sejarawan
Yusuf Ma Dexin, juru terjemahan pertama al-Quran ke dalam bahasa Cina
Muhammad Ma Jian, author of the most popular Chinese translation of the Qur'an
Liu Zhi, Qing Dynasty author
Wang Daiyu, Master Supervisor of the Imperial Observatory during the Ming Dynasty
Zhang Chengzhi, contemporary author

Dalam Politik

Hui Liangyu, wakil perdana menteri yang bertanggungjawab pada pertanian dalam Republik Rakyat China
Huseyincan Celil, imam Uyghur dipenjarakan di China
Xabib Yunic, Menteri Pendidikan Republik Turkistan Timur Kedua
Muhammad Amin Bughra, Naib Utama Republik Turkistan Timur Kedua

Lain-lain

Noor Deen Mi Guangjiang, penulis khat
Ma Xianda, ahli kungfu
Ma Menta, penubuh Persekutuan Wushu Tongbei Rusia


Pencapaian Tamadun Islam di China

Islam mempunyai warisan yang kaya di China. Islam mula sampai di China dari negara-negara Arab pada zaman Dinasti Tang iaitu dalam tahun 651 Masihi. Walaupun umat Islam terbahagi kepada dua puak yang besar, iaitu puak Sunnah dan Syiah, umat Islam di China kebanyakannya tergolong dalam puak Syiah. Setelah tersebar sekian lama dan mengalami perkembangan dan perubahan dalam suatu jangka masa yang panjang, Islam yang bercirikan China telah terbentuk. Melaluinya wujudlah jambatan yang menghubungkan ekonomi, budaya dan persahabatan antara China dengan negara-negara Arab. Penyebaran agama Islam yang paling luas dalam sejarah China telah berlangsung pada zaman Dinasti Tang (tahun 618 hingga 907), Dinasti Song (tahun 960 hingga 1279) dan Dinasti Yuan (tahun 1271 hingga 1368). Sehingga zaman Dinasti Ming (tahun 1368 hingga 1644), 10 etnik minoriti China telah menganut beragama Islam, iaitu etnik Uygur, etnik Hui, etnik Kazak, etnik Tajik, etnik Uzbek, etnik Kirgiz, etnik Tatar, etnik Salar, etnik Dongxiang dan etnik Bonan. Agama Islam memberikan pengaruh yang besar kepada etnik-etnik tersebut, khususnya dalam bidang sejarah, budaya, etika, moral, gaya hidup dan adat resam. Pertembungan Islam dan budaya tradisi China telah menambah kandungan khazanah yang amat berharga kepada budaya dan sejarah China.

          Persatuan Islam China ditubuhkan di Beijing pada tahun 1953. Persatuan ini merupakan pertubuhan kebangsaan yang berfungsi untuk memastikan pelaksanaan dasar bebas beragama kerajaan dipatuhi, memupuk semangat patriotik di kalangan umat Islam, menyebarkan ajaran dan amalan agama Islam, melindungi hak dan kepentingan umat Islam yang sah, mengukuhkan perpaduan bangsa, dan mengekalkan kestabilan sosial, penyatuan negara dan kedamaian dunia. Namun, dalam tempoh Revolusi Kebudayaan yang dimulakan pada tahun 1966, semua aktiviti keagamaan terpaksa dihentikan, masjid-masjid di merata tempat juga menghadapi ancaman yang teruk. Setelah Revolusi Kebudayaan berakhir pada tahun 1976, kerajaan China bukan sahaja menyusun semula dasar yang berkaitan dengan isu-isu etnik minoriti dan keagamaan, malah menjalankan semula dasar bebas beragama untuk menggalakkan perkembangan pelbagai agama.

Tokong umat Islam.
          Jumlah umat Islam meningkat dengan pesat di China bermula pada hujung tahun 1960-an. Menurut banci penduduk yang dijalankan di seluruh negara pada tahun 2006, jumlah umat Islam di Tanah Besar China lebih daripada 20 juta orang. Sekarang ini, di mana sahaja ada kawasan kediaman masyarakat Islam, di situ terdapatlah masjid yang berbeza-beza saiznya. Menurut statistik rasmi, di China sekarang ini terdapat lebih daripada 17 ribu buah kuil dan biara agama Buddha, lebih daripada 1500 buah kuil pengikut fahaman Tao, lebih daripada 4600 buah gereja Katholik dan lebih daripada 12 ribu gereja Kristian, manakala jumlah masjid mencatat lebih daripada 30 ribu buah. Selain membina masjid yang baru, kerajaan China juga memperuntukkan dana untuk membina semula atau membesarkan masjid yang sedia ada di pelbagai tempat untuk menampung lebih ramai penganut yang melaksanakan ibadat bersama-sama.

          Dengan ekonomi yang berkembang pesat di China, taraf hidup rakyat semakin meningkat. Begitu juga dengan taraf hidup umat Islam. Pada masa ini, penganut Islam yang sudah mampu berbelanja untuk membina masjid. Contohnya, Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat Kumpulan Farmaseutikal Xiuzheng, Xiu Laigui dan isterinya, iaitu pasangan penganut agama Islam yang telah melabur lebih 4 juta Yuan RMB untuk membina Masjid Tonghua di provinsi Jilin. Masjid yang luasnya lebih daripada 1400 meter persegi itu siap dibina pada tahun 2006.

          Pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah umat Islam China yang mampu menunaikan fardu haji ke Mekah juga terus meningkat. Jumlah tersebut mencecah 10 ribu orang buat kali pertamanya pada tahun 2007. Menurut pegawai dari Jabatan Agama Provinsi Gansu, umat Islam di sana yang menunaikan fardu haji ke Mekah dengan menyertai jemaah haji dari China pada tahun 1985 hanya berjumlah lebih 10 orang sahaja. Manakala pada tahun ini, jumlah mereka telah mencecah hampir 2500 orang, mencipta rekod baru dalam sejarah provinsi itu. Persatuan Islam China telah menubuhkan jabatan khas pada bulan Mei lalu untuk menguruskan hal ehwal jemaah haji demi memberikan bantuan kepada umat Islam China yang menunaikan fardu haji ke Mekah. Persatuan itu bukan sahaja menyediakan penterjemah dan doktor untuk mengiringi jemaah haji, malah menghantar petugasnya ke Mekah lebih dulu untuk mengatur penginapan dan kemudahan pengangkutan untuk memastikan umat Islam China dapat menunaikan fardu haji dengan lancar di sana.

          Selain itu, budaya Islam juga berkembang dengan baik di China pada masa ini. Muzium Etnik Hui China-muzium pertama yang mempamerkan budaya Islam di China telah dibuka di Wilayah Autonomi Hui Ningxia pada bulan September lalu. Sejarah etnik Hui, agama, budaya, adat resam, tokoh dalam sejarah dan perkembangan etnik Hui serta maklumat tentang sejarah dan budaya agama Islam di dunia dipamerkan di muzium itu menerusi gambar, tulisan, artifak, arca, audio dan video.


Kesimpulannya, kita boleh lebih mengetahui tentang tamadun islam di china melalui laporan ini. Dari masa dahulu sehingga masa sekarang, umat islam di China telah melakukan perubahan yang lebih maju dan berteknologi. Malah mereka juga memberi banyak sumbangan kepada negara china.

Isnin, 27 Februari 2012

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN



Dari segi definisinya, kejuruteraan adalah tergolong dalam kumpulan sains gunaan yang dikaitkan dengan teori asas merekabentuk sesuatu hasil keluaran, atau sesuatu yang boleh memberi kehidmat kepada manusia. Jelasnya, kejuruteraan adalah pemahaman sains tentang fenomena fizikal yang digunakan di dalam teknologi dan proses merekabentuk teknologi tersebut dengan menggunakan kaedah yang paling efisyen.
Suatu kenyataan yang telah diakui oleh Barat sendiri ialah peranan yang dimainkan oleh Islam dalam memperkenalkan sains ke Eropah melalui universiti-universitinya di Andalus, Sepanyol pada abad ke-13M. Umat Islam cukup terkedepan dalam tamadun ilmuan, kebendaan dan kemanusiaan. Dalam bidang kejuruteraan awam, kubah dan menara masjid menunjukkan kefahaman dan kemahiran Islam. Teknologi bangunan yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang arkitek, berjaya menonjolkan teknologi senibina Islam yang mengkagumkan seperti Masjid al Aqsa di Jurusalem, dan juga Masjid Umayyad di Damascus, yang kedua-duanya dibina pada kurun ke 7M.
Masjid al Aqsa di Jurusalem.
Dalam kejuruteraan hidrologi, sumbangan orang Islam sangat besar. Contohnya, ketika pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yang panjangnya 10 km, untuk mengalirkan air sungai Furat ke Basrah sebagai sumber air disebabkan kemarau yang panjang. Terusan lain yang dibina oleh khalifah Umar Abdul Aziz ialah yang menyambungkan sungai Nil dengan Laut Merah yang panjangnya melebihi 100 km, dengan tujuan pengangkutan yang lebih cepat dapat dilakukan berbanding dengan pengangkutan darat.
Manakala di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling bandar Isfahan dengan mengalirkan air daripada Sungai Zayandirud. Air daripada sungai ini telah dialirkan ke anak-anak sungai yang lain bagi kegunaan pertanian dan perumahan. Pembinaan sistem air bawah ini yang juga dikenali sebagai "qanat" yang direka oleh jurutera awam Parsi ini adalah di antara sistem pembinaan yang mengkagumkan. Kaedah pembinaannya telah diterangkan oleh seorang ahli matematik Parsi yang bernama al Karaji. Teknologi ini amat berguna untuk mengelakkan berlakunya pengewapan air di padang pasir yang panas, di mana perancangan dan penyelenggaraan projek ini memerlukan penelitian yang rapi dan tersusun.
Dalam teknologi perkapalan, jurutera-jurutera Islam telah membina kapal dagang dan kapal laut. Dengan kemajuan orang Islam dalam bidang astronomi, teknologi pelayaran telah dapat membawa pedagang-pedagang dan pendakwah-pendakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia seperti China ke sebelah Timur dan hingga ke England dan Ireland di sebelah Barat.

Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menggalakkkan penemuan baru dalam teknologi Islam. Pertamanya, ialah peranan yang dimainkan oleh Islam melalui ajarannya merupakan satu daya dorongan yang tinggi dalam pencapaian teknologi pada kurun tersebut. Sebagai contoh, ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah pendorong kepada umat untuk menimba ilmu, iaitu, surah al Alaq, ayat 1 hingga 5, yang bermaksud;
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Dia telah menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Paling Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."  
Faktor kedua ialah meningkatnya taraf kehidupan dalam bandar-bandar yang didiami oleh orang-oang Islam. Keperluan-keperluan kepada alatan-alatan baru dan canggih pada masa itu perlu dicari dan direka bagi memenuhi suasana dan keperluan kehidupan pada masa itu. Seiring dengan itu juga, kesemua kejayaan ini telah berjaya membentuk budaya dan tamadun Islam yang tinggi dan gemilang serta tersebar jauh ke setiap pelusuk dunia. Menerusi kejayaan inilah juga ahli-ahli saintis dan sarjana-sarjana Islam bebas bergerak dan mengembara untuk bertemu dengan pakar-pakar ilmuan yang lain. Dengan cara ini ilmu itu terus berkembang dan dimanfaatkan
Kesimpulannya, ilmu sains dan teknologi merupakan sumber dari al-Quran yang diturunkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Ajaran-ajaran yang terkandung di dalam al-Quran melatih pemikiran dan mendisiplinkan pencarian ilmu pengetahuan bagi kemajuan sains dan teknologi. Lantaran, kita sebagai umat Islam perlulah memahami bahawa sains dan teknologi tidak pernah bercanggah dengan ajaran Islam. Bahkan pencapaian dan penerokaan sains membolehkan umat Islam lebih memahami dan meyakini akan keagungan Allah s.w.t. Oleh itu, umat Islam perlulah berusaha melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat dan menguasainya.