Definisi
secara bahasa:
Bahasa
Arab
1. Umran
Terbitan dari perkataan
‘Amara yang bererti‘kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang,
tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya dalam suatu
keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau
terbiar dan binasa.
2. Hadarah
Tanah yang diusahakan,
kampung, kota atau bandar.
3. Tamadun
Memenuhi ciri-ciri
kehidupan di bandar bagi menggambarkan masyarakat yang bertamadun.
4. Madaniyyah
/
mudun
Memiliki ciri-ciri
tamadun.
Bahasa
Inggeris
1. Civilization
Diambil
dari bahasa Latin ‘civitas’ bererti ‘bandar’. Civilization merujuk kepada budaya
manusia yang kompleks yang memiliki sains dan teknologi serta mempunyai
pengkhususan pekerjaan.
Definisi
menurut istilah:
Ibn Khaldun
Ibn Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah memperkenalkan dua
terminology al – umran dan al – hadarah dalam abad ke – 14 yang membawa maksud
sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian
yang akhirnya merintis kemajuan,kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan
agama.
Sayyid Qutb
Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan
masyarakat seperti sisial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang
berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.
Collingwood
Tamadun ialah satu proses bagi mencapai satu tahap kehidupan
yang lebih sempurna ataupun satu proses ke arah civil yang mana hasil daripada
proses tersebut akan melahirkan ciri-ciri masyarakat bandar iaitu masyarakat
yang mempunyai kehalusan budi.
Arnold Toynbee
Tamadun merupakan suatu kehidupan yang unggul yang dipandukan
oleh sistem perundangan, agama, politik dan pentadbiran yang menjamin kemajuan
dan keselamatan masyarakat.
Edward L. Farmer
Tamadun
sebagai unit budaya besar yang mengandungi unsur-unsur sosial, tradisi dan
institut yang dikongsi bersama dan diwarisi dari generasi ke generasi yang
lain.
boleh senaraikan sumber rujukan jika tidak keberatan...=)
BalasPadamtolonglah ditambahnlagi referensi nya, dan di perbanyak lagi ungkapan2 para ulama nya agar tambah lebih baik lagi
BalasPadamtolonglah ditambahnlagi referensi nya, dan di perbanyak lagi ungkapan2 para ulama nya agar tambah lebih baik lagi
BalasPadamBgus untuk info
BalasPadamInfo yg bagus
BalasPadamInfo yang sangat berguna
BalasPadamassalamualaikum minta izin copy utk rujukan folio sejarah…:)
BalasPadamyorkies for sale, teacup yorkie puppies for sale, tea cup yorkie puppy for sale, Yorkie puppies for sale, yorkie for sale,
BalasPadamاسعار شركات تنظيف كنب بالقطيف
BalasPadamشركات تنظيف كنب بالاحساء
شركات تنظيف كنب بالجبيل
اسعار شركات تنظيف كنب بالدمام
شركات تنظيف كنب بالخبر