Elemen 2 - Sains/Perubatan
Umum mengatakan Barat telah banyak menyumbang kepada
pembangunan bidang ini kerana tidak ramai yang mengetahui dari zaman prasejarah
sehingga kurun ke 16 para ilmuan Islam dari Asia Barat telah lama mendahului dalam
pembangunan inovasi dan
teknologi terkini.
Konsep Al-Quran yang menganjurkan konsep berfikir, mengamai
dan memerhati telah berjaya melahirkan kecenderungan manusia untuk mengkaji dan
menyelidik yang menjadi pendorong utama kepada kegemilangan saintis Islam.
Pemenang hadiah novel - Albert Einstein - menyebut Sains tanpa agama adalah palsu dan Agama tanpa sains adalah buta" Setiap surah dalam
Al-Quran terkandung makna dengan terlalu banyak petunjuk yang menerangkan mengenai
perjalanan alam yang boleh dijadikan landasan kajian sains.
Teleperubatan menjangkau batas masa, sempadan
Perubatan adalah salah satu ilmu yang terkandung di dalam
Al-Quran. Bidang perubatan dibabitkan secara langsung atau tidak langsung ke dalam
teknologi maklumat dan komunikasi serta mengalami perubahan yang sama.
Teleperubatan adalah sistem yang menghubungkan antara
doktor, pentadbir, penyedia perkhidmatan dan pesakit. Akibat prasarana fizikal yang
menyukarkan, teknologi komunikasi canggih ketika ini memungkinkan pesakit dapat
diselamatkan kecuali memerlukan sentuhan fizikal seperti pembedahan. Saat
kecemasan awal boleh dilakukan menerusi telefon dan internet.Antara aplikasi utama
teleperubatan - klinikal, pentadbiran, pendidikan, penyelidikan, penilaian pemeriksaan, dianosis
dan perundingan. Rawatan boleh dibuat dari jauh dan
di mana berada.
Pentadbiran boleh dilakukan dengan telesidang, penjadualan,
kepenggunaan, penilaian hasil kerja, dan penyelidikan dimajukan menerusi agregasi
data daripada berbilang sumber dan koordinasi.
Maklumat kesihatan dan rekod pesakit boleh diperolehi dengan
pantas walaupun berada di tempat berlainan. Kad pelbagai guna - MyKad -
membolehkan rekod perubatan disimpan dan dibawa kemana sahaja.
Penjagaan kesihatan pengimbas x-ray, CT scan, MRI,
ultrabunyi adalah antara penjagaan kesihatan. Instrumen kesihatan bukan sahaja terdapat di
hospital, juga boleh dimiliki sendiri di rumah. HUKM menjadi hospital pertama di Malaysia
menggunakan Sistem Case-mix. Sistem Case-mix adalah suatu sistem pengelasan penyakit yang menggabungkan jenis penyakit yang dirawat di sesebuah
hospital dengan kos rawatan yang terlibat. Sistem ini mengumpulkan episod-episod rawatan
yang sama seperti rawatan akut, pembedahan harian dan lain-lain lagi kepada
kumpulan klasifikasi yang
lebih bermakna dan berfaedah.
Berbekam - salah satu rawatan yang berkaitan dengan darah.
Model alat pengukur jumlah darah yang keluar dengan cara berbekam telah
dihasilkan sekitar tahun 120 Masihi.
Penemuan terkini dalam tamadun dunia di bidang teknologi
perubatan - pembedahan pelastik, tulang tiruan,organ tiruan atau pemindahan
organ. Contohnya pada 4 Oktober Tee Hui Yee
remaja yang bermasalah jantung dari Batu Pahat telah menerima jantung yang didermakan oleh seorang penderma dari Perak
bagi meneruskan hidup seperti orang yang normal. (Utusan Malaysia 4 Ok.07).
Sumbangan Tokoh Perubatan Islam kepada Tamadun Dunia
JABAR IBU HAYAN
Selain menjadi ahli perubatan dan doktor, beliau terkenal
sebagai ahli kimia - sumbangannya berkaitan dengan pengewapan(evaporation), penyaringan(filtration), sublimasi (sublimation), pengleburan(melting), dan sebagainya.
HUNAYN BIN ISHAQ
Pakar dalam bidang penyakit mata - ilmu opthamologi.
AL-RAZI
Selain terkenal sebagai ahli perubatan, beliau juga seorang
ahli fizik. Sumbangan - kitab tentang ruang,waktu, gerak, ilmu vitamin, ilmu mata,
iklim(metreologi), perkembangan(growth), dan pembusukan(putrefaction).
IBNU-KHATIB
Pakar perubatan dan sumbangannya - pencegahan penyakit
berjangkit seperti tibi, malaria.
ISHAK YUDA
Ahli biologi -sumbangannya tentang penyakit malaria, ubat
mudah dan penyakit (on simple drugs and ailments) , batu karang (on urine).
AL-HAZEN
Seorang ahli perubatan, biologi dan fizik. Sumbangan -
pembiasan cahaya melalui udara dan air. Teori ini digunakan dalam ilmu optik - penciptaan
lensa mata yang kurang penglihatan.
IBNU-SINA
Seorang doktor perubatan dan ahli falsafah. Sumbangan -
sebuah buku yang masih digunakan di Eropah berjodol al-Qanun fi al-Tibb ( canon of Medicine)
IBNU-RUSYD
Seorag ahli falsafah dan perintis kepada renaisans di Barat.
Sumbangannya - karya perubatan bertajuk Kuliah fi alTibb.
Tamadun dunia telah membawa perubahan dalam bidang perubatan
pada masa ini yang mana berbagai penemuan baru diperolehi. Contohnya tulang
palsu, buah pinggang tiruan, pemindahan organ, mesin pengimbas/ x-ray, laser dan
lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan