Elemen 3 - Pendidikan
Sejarah awal pendidikan dalam tamadun manusia djelaskan
dalam firman Allah,
Surah Al-Baqarah ayat 31
Menurut Ismacil Raj'i al Faruqi lagi, membina peradaban Islam mengikut sistem dan garis panduan yang sebenar. Garis panduan yang
dimaksudkan adalah pentauhidan kepada Allah adalah asas pembinaan tamadun hidup manusia
bermula dengan mendapat didikan dari ilmu yang benar dan mantap.
Syed Muhammad Al-Naquib Al-Attas pula, melaksanakan satu
sistem pendidikan yang mantap dan lengkap. Teras pentauhidan yang kukuh akan
mampu membina satu sistem yang paling mantap dan lengkap bagi tujuan dan
mencapai matlamat pendidikan manusia.
Sistem yang berteraskan kepada sandaran ilmu yang rapuh
pasti akan menemui kesan yang tidak menjamin kekuatan dan ketamadunan manusia.
Pandangan daripada Hasan Langgulung, asas tauhid itu adalah mencapai keredaan
Allah, menjauhi murka dan siksa-Nya dan melaksanakan pengabdian yang tulus ikhlas
kepada-Nya. Pastinya, untuk mencapai kepada kefahaman tauhid yang sebenar adalah melalui
ilmu yang benar dan mantap.
Mohd Sulaiman bin Hj Yasin menyatakan bahawa, menzahirkan
sifat-sifat akhlak Islam nisbah kepada akhlak aqidah sebagai asas dan teras
pendidikan Islam.
Kesimpulan dari perbincangan maksud Tauhid ini secara
umumnya dapat difahami sebagai penyelamat manusia, masyarakat, negara dan
dunia adalah terserah kepada agama yang benar. Agama yang benar berdasarkan kepada
tauhid yang murni, keadilan yang mutlak, hukum-hukum yang seimbang yang
ditetapkan oleh Allah Ta'ala adalah menghubungkan antara manusia dengan Allah yang
menjadi pengawal, pengadang, yang senantiasa melihat gerak-geri tiap insan
dinyatakan oleh Haron Din Lahir pada Zaman Abbasiy- perbahasan mengenai aqidah, ilmu
Tauhid.
Manakala sistem pula cara,jalan,proses yang dapat
diukur, adalah kumpulan benda-benda atau bahagian-bahagian yang bergerak bersama
sebagai satu keseluruhan menurut kamus Longman dictionary of contemporary English.
Sistem adalah merupakan satu tatacara atau susun atur kerja dalam melaksanakan
sesuatu perancangan dan akhirnya akan menghasilkan sesuatu menurut perancangan
tersebut.
Menurut Tajul Arifin Noordin, sarjana barat mendefinisikan pendidikan pula sebagai satu proses membentuk kecenderungan asas berupa aqliah dan perasaan terhadap alam
dan manusia. Definisi Sarjana Islam, bimbingan rohani dan jasmani berdasarkan
hukum-hukum agama islam mengarah kepada terbentuknya keperibadian utama
menurut ukuran-ukuran islam. Jelasnya: Proses yang dilalui oleh anak-anak yang dididik
secara sedar oleh pendidik untuk membentuk manusia muslim berdasarkan ajaran Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan