Terdapat
enam elemen dalam isu-isu Semasa Tamadun Dunia iaitu Sains, Ekonomi, Politik, Pendidikan, Nilai (Akhlak) dan Islam.
Elemen 1 - Ekonomi
Istilah
ekonomi berasal dari istilah Gr eek oikos dan oikonomia. Oikos memenuhi kehendak
ahli-ahlinya dengan membekalkan makanan dan pakaian, tempat tinggal dalam lindungannya
sendiri tanpa sebarang pertukaran barang dengan orang lain.
Perkataan
Economistes pertama kali digunakan di Kancis pada tahun 1760-an dan pada abad
tersebut, Adam Smith menghasilkan suatu teori yang komprehansif tentang pertumbuhan
nilai distribusi dan percukaian.
Robbins
mengatakan ekonomi adalah sains yang
mengkaji tentang perangai manusia sebagai
hubungan antara matlamat akhir dan barang-barangan terhad yang mempunyai
kegunaan alternatif. Adam Smith menganggap ekonomi sebagai kajian tentang sifat dan sebab-sebab kekayaan negara. Bill
menganggap ekonomi sebagai sains
praktikal mengenai pengeluaran dan pengagihan kekayaan.
Ada
juga ahli ekonomi lain menganggap ekonomi dalam bentuk kebajikan dengan menekankan
aspek manusia dan kebendaan. Bagi
ahli-ahli ekonomi Islam memberi definasi
ekonomi sebagai cara mengatur kehidupan perekonomian dengan apa yang dimiliki.
Muhammad
Baqir As-Shodr, berpendapat bahawa ekonomi Islam merupakan dasar-dasar umum
ekonomi daripada Al- Quran dan sunah dan sesuai dengan setiap
golongan dan masa.
Ini ternyata sejajar dengan dasar
daripada firman Allah:
Surah Al-Baqarah
ayat 29 --" Dialah Allah yang menjadikan
segala yang ada di bumi untukmu"
Surah
Al-Baqarah ayat 275 --" Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba"
Secara
kesimpulannya, ekonomi adalah suatu ilmu yang mengkaji pengeluaran, pengagihan,
pertukaran dan penggunaan bahan-bahan atau barang-barang yang bersifat
kekurangan serta beraneka. Ekonomi juga merupakan suatu ilmu sains sosial kerana
kajian ekonomi melibatkan aspek perilaku manusia.
Sistem
Ekonomi
Sara
diri
-
ekonomi yang paling awal digunakan. Kegiatan ini tertumpu kepada pertanian dan
penternakan untuk keperluan diri dan masyarakat.
Komersil
- cara ini dilakukan apabila penduduk yang menjalankan ekonomi sara diri mempunyai
hasil berlebihan dan menjualkannya. Pada permulaannya, ia merupakan sejenis
kegiatan pertukaran barang iaitu sistem barter.
Tamadun
menyebabkan berlakunya kemajuan ekonomi manusia dengan menjalankan
aktiviti
pertanian dan penternakan yang lebih bersistematik serta berteknologi.
Perdagangan
-
mengagihkan barang atau perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna
terakhir dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Perdagangan ini terbahagi
kepada dua iaitu perdagangan dalam negeri dan luar negeri. Kegiatan perdagangan
melibatkan sistem barter dan kegunaan mata wang.Pada masa ini hampir
semua negara di dunia ini menjalankan perdagangan antarabangsa kerana disebabkan
perdagangan antarabangsa memberikan faedah kepada negara yang terlibat.
Antara
faedah yang diperolehi dari perdagangan antarabangsa adalah seperti:
a) Memperoleh barang-barang yang dapat
dikeluarkan dalam negeri.
b) Memperluaskan pasaran keluaran dalam negeri
c) Meningkatkan kecekapan penggunaan factor
pengeluaran.
d)
Mendapatkan teknologi moden.
Kapitalisme
-
individu bebas memiliki harta. Firma atau pengeluar bebas menggunakan sumber
bermaksud mereka boleh mengeluarkan barang yang dikehendaki. Individu bebas memilih
pekerjaan. Motif pengeluar adalah untuk mendapat untung maksima dan dalam sistem
ekonomi kapitalisme dibenarkan menindas orang - aktiviti ini mewujudkan golongan
yang menguasai perdagangan - yang lemah akan berhutang dengan golongan yang
hidup mewah.
Sosialisme
- sistem
organisasi sosial yang menganjurkan supaya sumber-sumber kekayaan
seperti pengeluaran, tanah, modal dan sebagainya dijadikan milik negara untuk dinikmati
oleh setiap rakyat dengan sama rata.Sistem ini telah dilaksanakan oleh negara-negara
yang bertamadun untuk mencapai kesejahteraan.
Pembangunan Ekonomi
Perhubungan
- merupakan
salah satu prasarana penting bagi membangunkan sesebuah ekonomi.
- jalan sungai: Mesopotamia
- laut: di
Alam Melayu
- jalan
raya: seluruh
empayar China, India, Rom dan Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa
Pengangkutan
- penting sebagai prasarana ekonomi.
- Orang Mesir membina kapal laut,
- China - pedati,
- Alam Melayu - sampan, kapal dan kereta lembu.
Perhubungan
dan pengangkutan pada masa kini telah mencapai kemajuan yang maksimum
dengan pelbagai rekaan/pembuatan hasil dari penyelidikan manusia yang bertamadun. Contoh pengangkutan terkini seperti feri, kapal terbang, keretapi laju komuter,
airbus, boeng dan lain-lain.
Institusi
Kewangan
-
adalah badan yang mengendalikan hal-hal kewangan. Sebelum itu, petani
terpaksa meminjam daripada tuan-tuan tanah yang merupakan golongan bangsawan.
Petani terpaksa mencagarkan tanah mereka dan dikenakan kadar bunga atau faedah
yang tinggi. Apabila wujud institusi kewangan, petani diberi pinjaman dengan kadar
faedah atau bunga yang rendah. Perkembangan institusi kewangan di Malaysia - berbagai
jenis bank.
Gudang
- adalah
tempat menyimpan barang hasil pertanian dan perkilangan kecil. Gudang
disediakan untuk menyimpan hasil-hasil kutipan cukai dalam bentuk bijirin serta hasil
pertanian. Di India, ada gudang yang mengutip cukai dan menyimpan dalam bentuk bijirin.Semasa
kemarau, bijirin ini dikeluarkan tujuannya adalah supaya harga barang makanan
boleh dikurangkan ketika negara mengalami kemarau, bencana alam contohnya banjir
dan juga ketika wabak penyakit. Gudang pada masa kini telah dinaik taraf dengan dilengkapi
penghawa dingin untuk menjaga kualiti
makanan atau barangan yang disimpan.
Limbungan
-
maksudnya dermaga iaitu membuat dan membaiki kapal . Di Arab, Kerajaan
Sabak terdapat limbungan di Aman. Orang Sabak pandai membuat kapal dan menjadi
pelayar-pelayar. Di Mesir, perusahaan pembinaan kapal laut iaitu kapal yang digunakan
untuk perdagangan serta kapal perang. Masa kini limbungan juga digunakan oleh
Jabatan Laut dan Jabatan Imegresen untuk pemantauan keselamatan negara.
Selain
dari itu, limbungan digunakan untuk aktiviti lain seperti Limbungan Varuna. Sebuah
limbungan kapal angkasa kelas bintang yang telah di bina di atas orbit Krisna
II. Limbungan
ini telah dikawal dengan ketat oleh pihak Pasukan Marin Angkasa lepas kerana
ia mempunyai sebuah limbungan rahsia yang digunakan oleh Unit Penyelidikan dan
Pembangunannya untuk tujuan membina kapalangkasa jenis prototype.
Pelabuhan
-
menjadi prasarana penting dan menjadi kemudahan berbeza bagi tamadun berbeza.
Di Melaka, terdapat gudang menyimpan barang untuk pedagang luar Melaka di pelabuhannya.
Terdapat pentadbiran 4 Syahbandar untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan
perdagangan seperti cukai, tempat berniaga, tempat penginapan, keselamatan dan lain-lain
lagi. Keadaan pelabuhan masa kini semakin canggih sejajar dengan perkembangan
tamadun.
Bazar
- adalah
tempat untuk berniaga. Di Mesopotamia, rumah kediaman dijadikan kedai mengikut
jenis perniagaan. Di India, kedai-kedai khas dibina terutama di Mohenjo-Daro dan
Harappa. Di Arab, contohnya Mekah, terdapat banyak pasar yang disediakan antaranya
Ukadz, Zulmajaz, Zul Majinnah.
Pusat
membeli-belah
-
adalah tempat perniagaan terkini yang dibina lengkap dengan berbagai
kemudahan dan keperluan manusia masa kini . Tempat-tempat ini adalah binaan manusia
yang telah berjaya meningkatkan taraf prasarana kehidupan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan